Kamis, 01 Agustus 2013

 PERKEMBANGAN KHAT DI MALAYSIA




Di Semenanjung Tanah Melayu, sebagai contoh pertemuan Batu Bersurat di Terengganu telah membuktikan bahawa khat Arab telah diguna pakai di Alam Melayu sejak ratusan tahun lagi. Ia telah bermula sekitar kurun ke-7 Hijrah iaitu 702H/1303M di mana khat Arab telah terpahat di lubuk hati masyarakat Melayu. Khat tersebut ditulis menggunakan bahasa Melayu. Berhampiran dengan batu tersebut terdapat batu pedang. Padanya terdapat khat kalimah Allah yang mirip khat kufi. Sejak pada itu, penggunaan tulisan ini menjadi semakin meluas dan menjadi tulisan rasmi dalam urusan kerajaan (Noraini Muhammad 2009).

Di Malaysia, seni khat dimajukan dalam pelbagai bidang. Seperti contoh, tulisan ini diukir diatas kayu keras. Ini adalah keistimewaan seni khat di Malaysia, yang diwarisi turun temurun dan dimanfaatkan untuk mempertingkatkan seni khat Islam. Ayat Al-Quran diukir bermotifkan tumbuh-tumbuhan yang berpusing-pusing kanan dan kiri. Alatan senjata seperti pedang juga diukir dengan ayat Al-Quran. Pada zaman keagungan kerajaan Melayu Islam diseluruh Alam Melayu, seni khat diabadikan diatas duit syiling seperti pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah (1455-1459). Pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Jalil Syah (1632-1677), wang emas diukir dengan khat. Begitu juga dengan cokmar, mop mohor, pingat dan bintang kebesaran kerajaan negeri di Malaysia juga diukir dengan ayat Al-Quran. Khat yang diabadikan diatas tenunan songket dan hiasan menambahkan lagi keunikan penggunaan khat di Malaysia. Pameran khat juga sering diadakan di Malaysia dibawah anjuran Pusat Islam, Jabatan Perdana Menteri dan lain-lain lagi. Hal ini bertujuan sebagai tanda kebangkitan kembali penghayatan dan penghargaan terhadap seni khat dan ukiran Islam. Diantara ahli khat Malaysia yang masyhur adalah seperti Syed Abdul Rahman al-Attas. Khat beliau diabadikan di bangunan Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu, Masjid Jamek, Bangunan Parlimen Malaysia, koleksi Muzium Seni Asia (Universiti Malaya), koleksi Sultan Johor dan lain- lain lagi (Zulina Hassan 2009).

1 komentar:

  1. Harrah's Lake Tahoe Casino & Hotel - Mapyro
    Harrah's Lake Tahoe Casino & Hotel 천안 출장샵 in Stateline, NV, United 포항 출장안마 States - Find reviews, hours, 울산광역 출장안마 directions, opening hours and a parking map of Harrah's Lake 화성 출장안마 Tahoe 대구광역 출장샵 Casino

    BalasHapus